Ahad, 5 Januari 2014

Satu cerita

Assalamualaikum...

Dear Blog...

hai blog...hari ni dyra nak share satu cerita, rasanya ramai dah penah dengar, tapi dyra suka kisah ni...tajuk dia rumput dan orang yang disayangi.... :), meh la baca....


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm… baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah… apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

#copypaste#
haaa kesimpulan dari cerita dia atas, dalam hidup xperlulah kita cari sesuatu yang sempurna andai depan mata kita dah ada yang sempurna....kadang-kadang kita ni jenis xpuas atau x cukup dengan satu, sebab tu kita cari yang lain...bagi dyra kan, dyra dah jumpa rumput yang paling cantik dalam hidup dyra, dyra harap dia sudi jaga dyra sampai syurga, aaammmiinn... :)

hari ni dapat nips....hehehe, kalau dyra sedih, dyra happy dan dyra sakit, tetap dapat nips...hari ni dyra sakit tapi dyra dapat nips....:) tq ye Mr.Invisible...sayang awak...kita jadikan nips sebagai perantaraan antara awk dgn sy....jatuh hati dengan nips dan orang yang bagi nips... Thank You very much.... ^_^


ok malam2 dapat nasi dengan ikan haruan...ikan haruan ok, dah la dyra xnah makan, tapi Mr.Invisible dyra dah susah payah g mancing, dan siap tolong masak lagi...kena makan jugak sebab nak bagi sakit dyra cepat sembuh...xpe la demi awk, sy makan... :) thank again awak... :)
xde la gmbar nasi tu, dyra nak makan ni...ok la nnt update lain...
Tq atas keprihatinan awk dekat sy, sy terharu...sayang awk... ^_^
OUT~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan