Dear blog...
Haa arini dyra cuma nak share ape yg dyra baca baru je tadi...hehehe, dyra rasa ada la sikit2 macam Mr.Invisible nah kata kat dyra.... Baca la kat bawah ni> :)
10 Ayat Lelaki Jatuh Cinta!
Lelaki memang agak rumit untuk di fahami. Namun, bila mereka benar-benar jatuh cinta mereka susah untuk membuktikan segala apa yang di perkatakan. Tetapi itu tidak bermaksud golongan ini tidak mencintai kamu ya!
Dengan ayat dan bahasanya juga boleh membuktikan yang sebenarnya si dia telah jatuh cinta dengan kamu. Jom ketahui maksud di sebalik ayat si lelaki yang mula jatuh cinta.
☰ “Kenapa kita tak jumpa dari dulu lagi ye ?”
Jika lelaki pernah berkata seperti ini itu bermaksud si dia benar-benar bahagia dengan kamu dan besar kemungkinan si dia tidak pernah bahagia seperti sekarang. Jadi jangan sia-siakan hubungan kamu berdua.
☰ “Terima kasih sebab menyayangi saya!”
Ucapak terima kasih ini bukanlah kata-kata kosong sahaja. Mereka sebenarnya ingin menunjukan rasa bersyukurnya mereka kerana miliki seorang gadis seperti kamu. Bila ayat ini terkeluar dari mulutnya secara sepontan usah pertikaikan lagi sejauh mana si dia cintakan kamu.
☰ “I rasa macam nak menangis je, sebab rasa di hargai sangat!”
Wow, bukan senang seorang lelaki mengaku yang dirinya sedang ‘berkaca’. Ini bermakna hatinya benar-benar tersentuh dengan cara layanan kamu terhadapnya. Maintain kan sahaja hubungan kamu berdua
☰ “Saya nampak masa depan saya bila bersama awak”
Nampaknya si dia benar-benar yakin dengan kamu. Jarang lelaki benar-benar yakin dengan pasangannya. Oleh itu, terus berikan contoh yang baik padanya dan tunjukan bahawa kamu benar-benar sesuai hidup dalam ‘masa depannnya’.
☰ “you lah kekasih I dan saabat I”
Si dia benar-benar selesa dengan hubungan kamu berdua. Bagi dirinya, kamulah segala-galanya. Andai si dia sudah menganggap kamu sebagai sahabat itu bermakna si dia benar-benar sudah berada di dalam zone selesa bersama kamu.
☰ “Please jaga hubungan kita sama-sama ya!”
Si dia benar-benar mengharapkan kejujuran daripada kamu. Ini kerana besar kemungkinan si dia ada rancangan untuk mengadakan hubungan yang lebih serious bersama kamu. Maka, jangan menduakan dirinya atu buat apa-apa masalah kerana si dia pasti akan kecewa lalu meninggalkan kamu.
☰ “kalau awak tak ada, saya nak hidup dengan siapa”
Kamulah satu-satunya yang bertahta dalam jiwannya. Sekirannya kamu pergi jauh daripadanya si dia pasti akan benar-benar merindui kamu dan ternanti-nanti kehadiran kamu. Nampaknya kamu benar-benar menjadi ‘watak utama’ dalam hidupnya.
☰ “saya dah malas nak berkenalan dengan orang lain”
Wah, kamu sangat berhuntung! Ini bermakna si dia benar-benar sudah jumpa apa yang si dia mahukan. Mungkin segala ciri-ciri dan sifat semula jadi yang ada pada kamu memenuhi cita rasanya.
☰ “Awak serious tak dengan hubungan kita ?”
Sedikit sebanyak, ayat-ayat seperti ini memang membuktikan si dia sebenarnya mula terbuka hati untuk bersama kamu. Namun ada kemungkinan si dia takut untuk menyerahkan jiwa raganya untuk bersama kamu. Apa yang boleh kamu lakukan, yakinkan si dia dan buktikan sedikit padanya bahawa kamu benar-benar serious dalam perhubungan.
☰ “sudikah awak menjadi isteri saya yang sah ?”
Awwwwww, jangan di tanya lagi! Benarlah hatinya sudah tertarik pada kamu. Si dia memang tidak mahu kamu menjadi milik orang lain. Oleh itu terima sahajalah lamarannya itu!
xsemua Mr.Invisible nah kata kat dyra, tapi kebnyakan ada... :D TQ abang, InsyaAllah semoga kita dapat tukar status hubungan kita kepada hubungan yang halal...Ammiiinnn ^_^
OUT~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan