Selasa, 29 April 2014

Kenangan kat sana

Assalamualaikum...

Dear blog,

Haii! dyra ada cerita, kemarin kan, Ahad bersamaan 27 april 2014 dyra dengan MT & exco anak kedah yang lain g teluk batik perak.. dan semestinya Mr.Invisible pun ada jugak ^_^ hehehe... bertolak pun dah kul 10 lebih, konon nak bertolak kul 8, biasa la janji melayu, hehe, ape pun sampai jugak dalam kul 1 lebih rasanya... ada 4 buah keta termasuk keta En Ghazali & fmily... dua keta sewa dan 1 keta kuda (oppss bukan keta kuda, tapi keta org yg mana kitaorg pggil dia kuda)... dyra naik keta dengan kuda, Mr.Invisible naik keta dengan geng laki yang lain, alif bawa... macam2 la benda jadi time otw ke sana tu, asyik kena sakat je...huhu, segan dyra bila fikir balik... >_<..

Ok dah sampai sana ada yg dok amik gambar, dyra tolong mak wan susun bihun je, malas lak nak bergambar time tu...dah siap semua, ape lagi makan la...hehe, dyra yg dok dekat2 tu terus amik la, tunggu lagi...hehehe...dyra makan dengan Mr.Invisible...lepas makan, diaorang tu g mandi laut...dyra malas nak menyalin so dyra amik gambar diorang je la...Mr.Invisible pun xnak mandi, dyra da tanya dia gak, xnak mandi ke, dia cakap xnak, so ok la... :) dyra dengan dia keja amik gambar je la... pastu agak dah banyak kitaorang pun g la jenjalan kat tepi pantai...ok dyra rasa time tu moment yang xnah dyra fikir & jadi kenangan manis lak...^_^ kitaorang jalan2 walaupun dyra tertinggal kat belakang, bukan tertinggal sebab ape, dyra tengah berhati2 jalan kat pasir pantai tu, dah macam nak tenggelam rasa...huhu, Mr.Invisible tunggu kat depan...dia jalan laju sangat...hahaha...kitaorang jalan pastu berhenti amik gambar, pastu jalan lagi, pastu berhenti amik gambar, sampai la last sekali dyra merengek2 kat Mr.Invisible sebab panas, hahaha, mau xpanas matahari dok kat kepala kot...huhu... pastu kitaorang patah balik, boleh lak lepak kat bawah pokok tu, dengan angin, bunyi ombak, time ni dyra fikir kan best kalau dah kawin :)

Pastu dah agak lama dok melepak, kitaorang pun bangun la, kebetulan Mr.Invisible nak solat, so kitaorang g surau, time ni dyra jalan pegang tali kamera Mr.Invisible...hehe, sebab dia suka jalan laju, dyra asyik tertggal je, atleast bila dyra pegang dia xde la laju sangat :P...dah solat semua, fidah call tanya da mana dia cakap nak suruh amik gambar diorang naik banana boat... lepas Mr.Invisible abis solat kitaorang g kat tempat kitaorang makan tadi balik...huhu, asalnya nak jalan2 lagi, tapi hold dlu, lepas amik gambar diorang2 tu, baru kitaorang sambung jalan balik, time tu diorang dah nak tukar baju dah, so kitaorang g la jalan2 dulu...time ni pun ada moment gak... :) pastu berhenti sebab dyra nak tukar stokin, stokin basah...huhu... dah tukar2, p kat diorang balik, ye la japg cari lak...huhu, amik gambar semua terus naik keta p makan, selesai makan, terus balik... sampai umah dekat kul 11 lebih gak la...tapi series xnah lak akan ada sweet memory macamni...insyaAllah 1 ari nanti dyra harap akan ada lagi macam ni, yang dyra panggil dating, tapi lepas kawin la...macam sweet je kan dating lepas kawin :)...cerita panjang lagi tapi malas lak nak menaip so dyra ringkas kan...hehe...

nah pic dyra: Abaikan tudung dyra yg kepek tu...huhuhu





























yang tu je, terima kasih abang sebab banyak buat dyra senyum untuk satu hari tu...insyaAllah semoga dipermudahkan urusan kita...
#SweetMemoriForApril2014#
OUT~~~

Sabtu, 26 April 2014

Kongsi resepi!!

Assalamualaikum...

Dear blog,

Hmm arini dyra nak tulis resepi la, yang belajar dekat umah family angkat dulu...saja tulis sebab takut lupa...hehe.. 3 resepi la dyra share.. ^_^

1. Resepi sup cendawan.



Bahan-bahan:

~Cendawan shitake kering secukupnya(rendam)
~3 biji kentang (potong dadu kecik)
~Butter 50g untuk tumis
~Bawang besar 1 labu potong dadu
~Bawang putih 6 ulas cincang
~1 kiub pati ayam
~Susu cair 1 tin(nak guna susu segar pun ok)
~Tepung jagung 3 sudu besar
~Lada putih 1 sudu besar(dikisar kasar)
~Air
~Garam secukupnya
~Gula 1 sudu besar

Cara:
1. Asingkan sedikit cendawan 1 bahagian dipotong kasar dan 1 bahagian untuk dipotong kecil, sebagai perasa.
2. Cairkan butter dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan cendawan yang dipotong kasar terlebih dahulu bersama kentang yang dipotong dadu. masak sehingga layu sedikit, kemudian masukkan air, sehingga tenggelam. Masak sampai kentang empuk.
3. Setelah kentang empuk, tutup api dan boleh diblend. Blend yang pertama masukkan 3 sudu tepung, agak2 air dan sesudah blend, boleh masukkan dalam periuk. Masak semula adunan yang telah diblend tadi sehingga mendidih.. Kemudian masukkan lada putih kisar dan kiub pati ayam.
4. Biarkan mendidih seketika dan masukkan perasa seperti gula dan garam.
5. Bila sudah mendidih masukkan susu cair tadi dan kacau sebati, biar mereneh seketika dan boleh la tutup api.
6. Siap dihidangkan.



2. Resepi Bubur Sum Sum



Bahan-bahan:

~Tepung beras 1paket yang 1/2 kilo
~Santan dalam 1 biji
~Air panas secukupnya
~Garam dan Gula secukupnya

Cara buat:

1. Dalam bekas letak dalam 2 gelas air. Masukkan tepung & kacau sebati, kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit. Perasakan dengan garam dan gula.
2. Tapiskan adunan tadi supaya tepung tidak berketul-ketul.
3. Di dalam periuk letakkan dalam segelas air panas, biar mendidih dan masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Kemudian masukkan kesemua aduanan tepung tadi, dan kacau sehingga tepung likat.
4. Apabila likat tambah sedikit air, dan masak sampai tepung tu likat dan jernih, dalam 1 jam 1/2. Letakkan dalam loyang atau bekas. Biarkan sejuk seketika.
5. Untuk air gula, cairkan gula merah dengan air, kemudian tapis.
6. Siap dihidangkan. Dimakan bersama air gula.

Masak sampai likat macamni




3. Resepi Carbonara Pasta (chef nazirul)







Bahan-bahan:  utk SOS (sesuai guna seafood: udang & sotong) tapi dyra guna daging kisar & sosej jer!


~ 400g daging lembu/ayam kisar ramly(nak letak lebih pun boleh)
~ 1 paket sosej (terpulang nak ayamas or ramly brand)
~ 2 tin carbonara paste(better prego dlm tin)
~ 1litre susu full cream
~ 1 labu bawang besar potong dadu
~ 5 ulas bawang putih cincang halus
~ 1 tin cendawan butang (dihiris)
~ 50g butter
~ Garam secukupnya
~ Serbuk lada hitam (ikut pedas)

utk Pasta:
~Pasta
~Air
~Garam
~Sedikit minyak

Cara buat sos:
1. Cairkan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang, masak sampai daging bertukar warna.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati. Biarkan mendidih sekejap.
4. Masukkan carbonara paste.
5. Kacau sebati, dan masukkan sosej tadi. Perasakan garam dan gula.
6. Masukkan cendawan dan akhir sekali masukkan lada hitam. Kacau sebati, biar mendidih sekejap, boleh tutup api.

Cara buat pasta:
1. Rebuskan air sehingga mendidih, letakkan garam dan minyak. Kacau sebati dan masukkan pasta.
2. Biarkan mendidih dan masak sehingga pasta lembut. Siap dihidangkan.


Nah, mudah je nak masak pun... Apa yang kita letak yang tu hasilnya. selamat mencuba!
'My Blog, My Rule'
OUT~~~

Jumaat, 25 April 2014

2 Day 1 Nite with Them

Assalamualaikum...

Dear blog..

Haii, lama dyra x tulis...aritu nak tulis tapi asyik tertangguh je...hehehe, malam-malam, mesti dyra buka blog sebab fikir nak update entri baru...tapi bila buka blog dyra buat benda lain...hehehe, macam tu la dyra... ^_^... dyra sebenarnya nak cerita sal trip g umah family angkat dyra sabtu lepas...lama kan dok peram cerita...hahaa, hari ni baru la terasa nak menulis..hehe...

Sebenarnya decide nak g umah ibu sebelum dyra masuk hospital lagi, tapi tu la xsangka la macam2 benda berlaku sebelum nak ke sana...tetiba je dyra diuji, masuk hospital, kena operate memang xjangka kan semua tu leh jadi dalam masa terdekat je... ye Allah nak uji dyra, Alhamdulillah dyra dah sihat, dah kuat berjalan, lari pun boleh dah aih...hehehe... sebab 'Dyra kan kuat'... ^_^

Akhirnya, lepas jumpa kaklong, kitaorang decide nak g umah ibu hujung minggu lepas...nak tau x, sebenarnya dyra g umah ibu pun kononnya nak bawa diri la...hahaha, ngada kan, tapi tu la nasib semua dah setel, so dyra g umah ibu bukan untuk bawa diri, tapi untuk luangkan masa dengan diorang... kitaorang bertolak hari sabtu pagi, kul 11 lebih naik tren, turun kat serendah, kejap je dalam kul 11.45 dah sampai serendah dah...tapi nak tau x, buah tangan yang dyra beli untuk family dyra tertinggal dalam tren, dyra sedar lepas tren tu dah jalan 5 minit yang lepas...huhu, tu la orang cakap xde rezeki... ;) hehe, xpe la asalkan niat kita tu penting...dah cerita kat ibu, ayah, mak sal tertinggal buah tangan tu, diorang cakap xpe la xde rezeki... :) biskut je pun, xpe anggap je sedekah kat pakcik2 yang keja atas tren tu... ok sambung balik, dah sampai tu tunggu along, sebab ibu cakap along yang amik, tapi lambat sikit sebab keta xhidup lak...last2 ayah yang amik kitaorang...

Sampai umah ibu kul 1.15, hehe kebetulan dyra tengok jam, ibu xde g kafe, so sampai2 tu adik ajak makan dulu, so kitaorang pun makan la dengan ayah sekali... ibu masak nasi ayam, tapi ayam tu xgoreng ibu buatkan ayam masak merah, sedap ooo... terima kasih ibu sebab sunggup bangun pagi semata nak masakkan untuk kitaorang...hehehe, dok tengah2 makan tu ibu pun sampai, salam semua, pastu, sambung makan balik...hehee... dah abis makan ibu kupas buah mangga a.k.a pelam...hahaha... warna pelam tu xde la kuning macam masak tu, dia warna kuning pucat macamtu, mesti kita ingat masam buah tapi, tapi don't judge the book by it's cover, series pelam tu manis sangat dan sedap...hehe, murah je ibu beli... lepas mengadap pelam, masuk bilik solat semua, rehat jap...dyra sempat la lelap, sebab malam tu dyra tido lewat sikit setelkan keja sebelum g umah ibu...dalam kul 4 macamtu, mak datang, panggil kitaorang, kitaorang terus bangun p salam mak, rindu oo kat mak...hehee :)... pastu kitaorang terus bangun la...dyra sempat la solat dulu sebelum keluar sebab ibu cakap da makan petang...hahaha makan lagi... ^_~, petang tu ada goreng pisang, besar gedabak gak la goreng pisang tu hehehe, adik adam pegang pun penuh kat tangan... haa adik alif adam ni sebenarnya anak kepada anak buah ibu, kiranya dah jadi cucu buah ibu la...so kena la panggil kat dyra pangkat mak...tapi dyra sebut kakak je kadang2 rasa muda sikit...hahaha, tapi alif adam ni pun sebenarnya konfius kejap panggil cik ngah, kejap kakak, kejap makngah, pening2... yang paling kelakar dia panggil kaklong cik mah...hahah mai mana ntah...ni pic dyra dengan budak comel, adik alif adam :)


sayang adik alif adam :D

dengan tab dia je...huhu

tapi dia ajak k, kakak dyra comel ni men sekali...hahah, men game angry bird... :P

ok back to story, ada goreng pisang, pastu lepat ubi, bihun goreng rasanya, n pelam...hehe, dyra dok ngadap pelam tu je...haha,rasa lepat ubi sikit, goreng pisang makan 2 ketul je...pastu dok menyembang-nyembang lagi, mama lak mai...siap bawa tomyam dengan bihun lagi sebab kak nani(mak adam) ngidam bihun tomyam, kak nani pun dah sarat dah tu, tunggu masa bersalin je...xtau dah keluar belum baby tu...rasanya minggun ni xpun mggu depan...xpe tunggu je la call...hehe...dyra makan lagi bihun tomyam...hahah, bnyak x dyra makan...dyra rasa je, rugi ooo klau xrasa, ingat senang ke nak dapat makan banyak2...hehe... lepas tu sempat keluar drive keta ayah, g antar kawan adik, sebab ujan, kesian lak...antar je la... pastu g bandar kejap sebab kaklong nak topup... For information, bandar tu dekat je, orang KG SG BUAYA panggil bandar sebab dia macam membangun skit kat situ...lepas topup semua, kitaorang pun balik... rehat jap sebab malam tu nak keluar dinner lak...

Kul 8 lebih kitaorang dah siap2 sebab ibu cakap cik man nak belanja makan... rezeki kitaorang lagi... hehe, g makan kat restoran, memang makan besar la, semua family ibu berkumpul... ada ikan siakap masak 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam campur, telur dadar & udang goreng tepung, dengan air fresh oren.


set dinner

ramai kan :)



dua meja pnjang ni.. :)

Ok dyra orang last sekali abis makan sebab dyra dok depan mak, mak lak sayang tengok lauk xabis, so dia pun minta nak abiskan sekali dyra pun kena tlong abiskan, huh memang kembung perut...lepas tu singgah tesco jap sebab along nak beli barang dia... pusing2 tesco dah xbanyak sangat kedai buka sebab dah nak tutup dah kan... masa mula2 masuk tesco tu ada satu kedai kat luar jual lolipop, hehe, terus dyra terfikir nak beli untuk Mr.Invisible...dyra pun beli, pastu masuk dalam tu ronda2...dah keluar ibu nak belanja aiskrim yang scoop tu, ok la, dyra pun amik la satu...tapi dyra xde rezeki, aiskrim tu jatuh dari kon, huhu, last2 dyra makan kon wafer tu je la...huhu....last sekali balik umah & tido...hahaha...


yg belah kanan tu aiskrim dyra...huhu
yang besar for Mr.Invisible.. :)
Esoknya bangun mandi semua, makan sarapan yang ibu buat...ada nasi goreng, karipap, onde-onde, papadom...nasi goreng ibu penuh dengan cili api kot...nasib dyra leh makan jugak...tapi sedap! hehe... haaa pastu makan onde-onde yang bijan tu, dalam dia inti kelapa, sebab kalau kat kedah inti kacang, 1st time jumpa inti kelapa ni...hehe, sedap jugak...dyra panggil onde-onde tapi da jgak orang panggil buah melaka tu onde-onde...ikut orang la kan, meh dyra tunjuk gambar... :) google jer!

ni onde-onde(selalu inti kacang tp kali ni trjumpa inti kelapa)

yang ni dyra panggil buah melaka.. :D
ok sambung balik lepas makan kitaorang tunggu chef nazirul fikri a.k.a along tuk masak carbonara...dyra juga belajar dari ibu buat sup cendawan...hehe sedap, carbonara pun belajar buat sikit2...hehe tau macamna nak sedapkan dia lagi, sebab sebelum ni dyra buat carbonara biasa je... :) lepas tu kitaorang belajar dari mak buat bubur sum sum...orang sana panggil bubur sum sum, dyra pun xtau tapi kat area pantai timur da panggil lompat tikam, entah la dyra xnah rasa lak lompat tikam tu, nah dengar je...bubur tu senang je buat, mak kata bubur tu sesuai untuk hilangkan sakit2 atau lenguh2... siap semua baru makan...hehehe... nah ni la semuanya, ada carbonara, ada sup cendawan & bubur sum sum & ibu sempat buat masak lemak cili api ayam, yang ni dyra makan ayam je, xmakan dengan nasi, kenyang kot... hehehe... nah gambarnya...

pasta carbonara :)

kuah carbonara

pasta @ spageti

sup cendawan, dia xmuak sangat sebab pedas lada hitam

air buah koktel :)

ni bubur sum2, masa tengah buat, 'kena kacau2 sampai liket kata mak'...hehe

bubur sum2 letak dalam loyang, dah siap & tunggu sejuk

masak lemak cili api ayam :)

nah bubur sum-sum kena makan macam ni, dengan air gula

Xsangka dyra leh belajar beberapa resepi baru...nanti leh la buat :)..kitaorang balik kul 5, along antarkan...alhamdulillah selamat sampai dan kenyang...hehe... mak bekalkan bubur sum-sum dan sambal bilis kering...

pedas gila...tapi sedap!

Lupa nak kenalkan, ayah & ibu tu family angkat kitaorang time prog... mak lak adik kepada ibu, kitaorang panggil mak, entah la masa mula2 jumpa terus rapat, & memang kitaorang decide nak panggil mak, lagipun mak xde anak... :) mama lak jiran ibu, sepatutnya mama orang lain tapi jadi mama kitaorang jugak...hahaha ramai kan... :) diorang semua suka masak & kitaorang suka makan, makan & makan...hehe
agak panjang kan cerita dyra...hehe, saja nak abadikan sebagai kenangan... ^_^

Seperti biasa 'My blog, My rule' :D
OUT~~~