Dear blog,
Hmm arini dyra nak tulis resepi la, yang belajar dekat umah family angkat dulu...saja tulis sebab takut lupa...hehe.. 3 resepi la dyra share.. ^_^
1. Resepi sup cendawan.
Bahan-bahan:
~Cendawan shitake kering secukupnya(rendam)
~3 biji kentang (potong dadu kecik)
~Butter 50g untuk tumis
~Bawang besar 1 labu potong dadu
~Bawang putih 6 ulas cincang
~1 kiub pati ayam
~Susu cair 1 tin(nak guna susu segar pun ok)
~Tepung jagung 3 sudu besar
~Lada putih 1 sudu besar(dikisar kasar)
~Air
~Garam secukupnya
~Gula 1 sudu besar
Cara:
1. Asingkan sedikit cendawan 1 bahagian dipotong kasar dan 1 bahagian untuk dipotong kecil, sebagai perasa.
2. Cairkan butter dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan cendawan yang dipotong kasar terlebih dahulu bersama kentang yang dipotong dadu. masak sehingga layu sedikit, kemudian masukkan air, sehingga tenggelam. Masak sampai kentang empuk.
3. Setelah kentang empuk, tutup api dan boleh diblend. Blend yang pertama masukkan 3 sudu tepung, agak2 air dan sesudah blend, boleh masukkan dalam periuk. Masak semula adunan yang telah diblend tadi sehingga mendidih.. Kemudian masukkan lada putih kisar dan kiub pati ayam.
4. Biarkan mendidih seketika dan masukkan perasa seperti gula dan garam.
5. Bila sudah mendidih masukkan susu cair tadi dan kacau sebati, biar mereneh seketika dan boleh la tutup api.
6. Siap dihidangkan.
2. Resepi Bubur Sum Sum
Bahan-bahan:
~Tepung beras 1paket yang 1/2 kilo
~Santan dalam 1 biji
~Air panas secukupnya
~Garam dan Gula secukupnya
Cara buat:
1. Dalam bekas letak dalam 2 gelas air. Masukkan tepung & kacau sebati, kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit. Perasakan dengan garam dan gula.
2. Tapiskan adunan tadi supaya tepung tidak berketul-ketul.
3. Di dalam periuk letakkan dalam segelas air panas, biar mendidih dan masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Kemudian masukkan kesemua aduanan tepung tadi, dan kacau sehingga tepung likat.
4. Apabila likat tambah sedikit air, dan masak sampai tepung tu likat dan jernih, dalam 1 jam 1/2. Letakkan dalam loyang atau bekas. Biarkan sejuk seketika.
5. Untuk air gula, cairkan gula merah dengan air, kemudian tapis.
6. Siap dihidangkan. Dimakan bersama air gula.
Masak sampai likat macamni |
3. Resepi Carbonara Pasta (chef nazirul)
Bahan-bahan: utk SOS (sesuai guna seafood: udang & sotong) tapi dyra guna daging kisar & sosej jer!
~ 400g daging lembu/ayam kisar ramly(nak letak lebih pun boleh)
~ 1 paket sosej (terpulang nak ayamas or ramly brand)
~ 2 tin carbonara paste(better prego dlm tin)
~ 1litre susu full cream
~ 1 labu bawang besar potong dadu
~ 5 ulas bawang putih cincang halus
~ 1 tin cendawan butang (dihiris)
~ 50g butter
~ Garam secukupnya
~ Serbuk lada hitam (ikut pedas)
utk Pasta:
~Pasta
~Air
~Garam
~Sedikit minyak
Cara buat sos:
1. Cairkan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang, masak sampai daging bertukar warna.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati. Biarkan mendidih sekejap.
4. Masukkan carbonara paste.
5. Kacau sebati, dan masukkan sosej tadi. Perasakan garam dan gula.
6. Masukkan cendawan dan akhir sekali masukkan lada hitam. Kacau sebati, biar mendidih sekejap, boleh tutup api.
Cara buat pasta:
1. Rebuskan air sehingga mendidih, letakkan garam dan minyak. Kacau sebati dan masukkan pasta.
2. Biarkan mendidih dan masak sehingga pasta lembut. Siap dihidangkan.
Nah, mudah je nak masak pun... Apa yang kita letak yang tu hasilnya. selamat mencuba!
'My Blog, My Rule'
OUT~~~
masa kerja pizza ni lah makanan sehari2. sebab nak makan pizza bos tak bagi lebih 2 pan. hehe.
BalasPadam[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]