Dear Blog...
Hehe, tajuk bukan men suspen...hahaha, ingat the making of prewedding ke, the making of engagement Dyra Nadhirah ke..... hahaha... xla, cuma the making of Roti Sarang Lebah je....hehe...Haaa nak tau cerita x macamna la dyra yang xsuka menguli2 ni terlebih rajin buat roti ni? haaa, ceritanya macamni, kemarin dulu (selasa) dyra dok cari resepi kuih kacang sebab dyra suruh mak buat kuih kacang, tapi mak lupa sikit sebab dulu mak buat men campak je...hehehe, dah dok cari2 tu tertiba keluar la roti sarang lebah kat google search...tambahan pulak sekarang femes gila roti ni kat kedai, fb & merata tempat la...hehhe, dyra fikir macamni klau beli dah berapa, kalau buat leh makan berulangkali...hehe...boleh buat lagi... pas dyra tengok resepi tu...ok mudah je nak buat dia cuma kata mak 'mak malas bab nak uli tu, lenguh tangan'...ok memang bab uli paling renyah sekali, huhu...tapi demi roti yang gebuss dan lembut ku kuatkan jugak tangan ni...huhu... ok dyra pun google lagi, sebab setiap blogger yg post semuanya akan mention Lydia Honey...ok dyra pun nak mention, sebenarnya roti ni roti arab, asal dari arab, Lydia Honey la yang bawa ke Malaysia dan ubah sikit bagi jadi moden katanya...resepi asal lain sikit dah bila semua orang amik resepi maka berubah laa sikit dari resepi asal....
So dyra terjumpa blog ni, owner blog ni ada ubah sikit dari resepi asal.... dari Blog Teratak Mutiara Kasih.... cara yang ditunjuk bagi dyra mudah la...hehe... ok jom tengok resepi...
RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
By : Dyra Nadhirah
Sumber : LiNa Pg | Lydia Honey (fb)
BAHAN UNTUK DOH ROTI
2 cawan tepung gandum
½ sudu teh dry yeast
¼ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
¼ cawan minyak sun flower
½ cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)
CARA PENYEDIAAN:
- Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
- Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
- Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
- Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
- Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
- Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
- Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
- Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
- Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
- Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
- Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
- Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
RESEPI BUTTERSCOTCH SOS
Bahan-Bahan:
½ cawan brown sugar bukan gula merah ok
½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
Sedikit garam
½ st vanilla essence
25g butter
Cara Penyediaan
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
Peringatan:
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Dah tengok resepi? Haaa kita tengok gambar lak...heheh... jom2... :D
Gambar ada dua...heheh, semalam dyra dah try and error, hari ni baru betul2 buat...semalam success, harini double success...hehehe....
Ni yg semalam...
tepung + garam + baking powder |
yeast + gula + air suam |
Minyak jagung |
Yogurt asli |
doh yang siap di uli |
sos butterscotch |
siap |
Ni yang harini punya...hehe
doh double kembang...hehe |
mula2 buat macamni |
dah naik |
ni yg arini punya... siap disapu telur+susu cair |
tabur segala benda yang nak ditabur |
bahan utk buat butterscotch butter, susu cair, gula perang, esen vanila, garam |
tengah bakar |
siap bakar |
siap yang arini...hahah, sos terhitam lak...janji sedap... |
roti harini lagi sedap, lembut dan gebusss sangat...hehehe... practice makes perfect...hehe...
To my future husband, nak makan sain dlu...hahaha, boleh mcam tu? :P
ok tu jer yang dyra nak share harini...boleh cuba...yummmyy...
'MyBlog,MyRule'
OUT~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan