Dear Blog....
Hai semalam kita review novel 1...malam ni kita review novel ke2 lak...hehehe.... ^_^
Novel 2: PA Untuk Dia selamanya
Yara Aisya Yazid & Hanania Widad Wazir..
Penantian itu menyeksakan...
Untuk melupakan, itu juga menyakitkan...
Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit!
Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang
sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam
dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat
apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai
pemangkunya.
HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara
sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak
lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun
hanya Onn saja yang memahami situasinya.
ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi
Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak
usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati
Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.
“Saya booking diri saya untuk awak. What I need from you...
is patience.” - Yara
“Saya sudah lama menunggu, kalau hanya untuk sebulan lagi,
saya masih boleh menunggu. Lagipun pejam celik, pejam celik, dah sebulan. Saya
harap nanti awak bawa balik jawapan untuk saya, jangan tinggalkan harapan.” -
Onn
Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak
memilih, tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan,
hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula meragut hati.
Habis, macam mana dengan Onn? Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan
tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma
hanya satu.
“I already make my decision. I choose you.” – Hanania
Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh.
Mana satu yang akan dipilih?
******************************************************************************
Haa tu sinopsis dia...hehehe, macamna mamat kekwat aka En Han tu leh jatuh hati kat yara? hehehe, mcm2 benda terjadi walaupun yara panggil En Han tu mamat kekwat tapi xsangka di bumi Kalimatan la cinta mereka bersatu...so sweet... ^_^
Apa yang boleh dyra simpulkan dalam novel ni, orang yang kita kenal setahun belum tentu akan jadi jodoh kita, mana tahu orang yang kita baru kenal sebulan tu sebenarnya jodoh kita... perancangan Allah tiada siapa yang tahu... -Dyra Nadhirah-
Ok semua novel dyra kisah cinta, kawin & kebahagian... hehehe...dyra jarang layan novel cinta, tapi dyra selalunya akan pilih tajuk novel yg sempoi2, yang mna rupanya kisah cinta jgak....hehehe I Love it...
Ok la selesai review kita, nak tau lagi beli & baca la novel ni... hehe
'My Blog, My Rule'
OUT~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan