Khamis, 26 Jun 2014

Resepi lagi....

Assalamualaikum....

Dear Blog,

Hai...hehe... hari ni dyra masak lak...mak balik dari kedai tadi mak cakap mak beli daging...kak nak masak ape...ok dyra terfikir la masa dok kat KUO dulu, dyra dok godek2 resepi kat google ni, jumpa la resepi daging dendeng... macam sedap je... hehehe... dah lepas godek2 tu memang dok fikir balik nanti nak try la masak... dah tadi mak bawa balik daging so dyra google la balik resepi aritu... hehehe, nah resepinya... dyra amik resepi dari Blog ni... dyra ubah2 la sikit ikut suka ati dyra nak letak banyak mana...hahaha...




Haaa ni resepi dia...mudah je... ;)

Dendeng Daging

Bahan-bahannya:

1 kilo daging
4 sudu besar penuh cili kisar       (kisar)
5/6 labu bawang merah besar     (kisar)             
Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat (dyra agak2 je boh)
2/3 sudu besar cuka (agak2 je, jangan banyak sangat)
Garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis
# Sedikit halia, bawang putih (dyra letak 5 ulas) yang ditumbuk untuk diperap bersama daging

Cara membuatnya:
  1.  Rebus daging sehingga empuk.
  2. Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper.
  3. Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam
  4. Goreng daging, angkat dan toskan
  5. Tumis bawang dan cili kering sehingga garing dan naik minyak
  6. Masukkan kicap dan gaul rata
  7.  Masukkan daging yang telah digoreng tadi
  8. Masukkan garam, gula dan cuka
  9. Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan

Haaa ok x resepi dendeng daging ni?? mudah je nak buat dia...hheehehe...haa arini dyra masak 2 hidangan sebenarnya... yang ke2 dyra buat Kerabu ikan bilis...



KERABU IKAN BILIS

Bahan-bahan:

2 cawan kobis dihiris
3 biji tomato dihiris
1 labu bawang besar dihiris
1 cawan ikan bilis digoreng
4 biji limau kasturi
sedikit garam

sambal belacan (ditumbuk):

2 biji cili merah
4 biji cili api
sedikit belacan

Cara Membuatnya:

Satukan kesemua bahan yang dihiris di dalam satu bekas... gaulkan sehinga sebati...kemudian masukkan sambal belacan tumbuk, limau dan garam... Masukkan ikan bilis goreng... Gaul dan simpan sebentar dalam peti sejuk... Siap dihidangkan...

haaa, nak cuba??? boleh je... dipersilakan mencuba kedua resepi dyra ni...hehehee, ^_^ alhamdulillah mak cakap sedap, adik pun cakap sedap...hehehe...tapi memang sedap pun... hehee, haa kalau kita google resepi dendeng ni sebenarnya banyak versi...da yang goreng macam sambal tu...tapi dyra amik dr owner blog kat atas tu & agak2 dyra je masuk benda2 dalam daging tu...hehehe... maka tertunai la hajat dyra nak masak benda yang dyra nak makan kat umah ni...hehehe...yang len2 coming soon...



Selamat mencuba & menjamu mata k...hehehe

'My Blog, My Rule'
OUT~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan