Ahad, 22 Jun 2014

Novel lagik!

Assalamualaikum...

Dear Blog....

Hai2, kemarin dulu dyra menghabiskan baucer buku... xtau nak beli ape, dyra beli novel...tapi leh dapat 3 buah je utk baucer 100, yg len kena amik buku ilmiah...huhu... tapi ok la... yes, tepat kul 3 td dyra dah abiskan 2 buah novel yang dyra start baca ari jumaat malam...hehehe... jom review novel... ^_^

Novel 1: Kisah Naz & Khaalish...

Nazrahani Idora & Zaim Khaalish


Ok sebelum tu nak gtau, Naz adalah perempuan...Khaalish lak laki k...hehehe...Ok jom review... Masa kat bali si Naz ni terjumpa balik dengan tunangnya yang 4 tahun dulu...manakala si Khaalish ni sedar ada perempuan tengah tengok sambil tersenyum kat dia...dia pun pelik, perempuan tu kenal dia ke? Sampaikan khaalish nak makan pun terganggu dek pandangan seorang wanita..btw masa ni si Khaalish tengah makan dengan 'teman wanita' dia, kassandra...akhirnya dek pandangan tersebut khaalish buat keputusan untuk antar kassandra balik ke hotel & bersemuka dengan wanita tadi... si Naz ingat khaalish dah balik, tapi terkejut apabila khaalish datang balik kepada dia dan  bersemuka dengan dia... Yes, hanya naz je kenal siapa Zaim Khaalish ni, manakala khaalish xkenal pun siapa Nazrahani Idora... naz ni kaki rayau aka merantau keseluruh dunia... selepas beberapa pertemuan dengan khaalish, naz fikir dia xmahu lagi bayangan kaalish dalam hidup dia, akhirnya dia pulangkan cincin pertungan olok-olok kembali.... ok kenapa olok-olok? sebenarnya naz dengan khaalish ditunangkan 4 tahun lepas...pertunangan ni sebenarnya olok-olok saja, keluarga naz sanggup jatuhkan maruah naz demi kepentingan harta... khaalish ni anak jutawan...so ayah naz xkisah anak dia kena tunang olok-olok asalkan ada duit masuk... naz pada 4 tahun lepas bukan naz yang sekarang, mudah dibuli, pakai braces, gemuk & xlayak jadi menantu kepada anak jutawan, manakala si khaalish xnah sekali pun nak jumpa dengan tunang 4 tahun dulu... akibat kecewa dengan ayah naz yang sanggup pertaruhkan maruah anaknya, naz amik keputusan tuk ke luar negara... dengan berbantukan hantaran pertunangannya, dia menjual semua hantaran tersebut & duit tu dia gunakan tuk sambung belajar di amerika... selama 4 tahun dia bina benteng pertahan dalam hati dia, tapi dengan mudah khaalish mahukan pertunangan ini diteruskan, malah merayu-rayu pada naz untuk kawin dengan dia... khaalish sendiri xfaham kenapa dengan perempuan yang ganas, simple, selamber & keras ati ni jugak dia terpikat... setelah pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui akhirnya mereka dikahwinkan... naz dari seorang perempuan yang ganas akhirnya menjadi isteri yang tersangat la manja...tapi dalam membina rumah tangga tetiba Ilsa, bekas kekasih khaal datang & minta naz bagi balik @ kongsi kasih sayang khaal dengan dia...pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh naz...nasib ada nyonya mansor... eh nyonya mansor ni emak mentua naz aka mummy kepada khaalish... Puan Sri Freida ni garang gila, queen control & sebagainya... sebenarnya mummy si khaalish ni xnak anak dia tersalah pilih teman hidup, macamna pun sebenarnya Puan Sri Freida ni baik, walaupun memang suka control tapi dia xmenolak bila khaalish betul2 jatuh sayang dengan naz...dia tetap terima naz & sedaya upaya tukar penampilan naz...tapi Puan Sri Freida xsuka dengan Ilsa, naluri ibu tahu yang mana baik untuk anaknya...masa rumah tangga khaalish bergelora akibat kedatangan Ilsa, mummy khaalish sedaya upaya halang ilsa untuk ganggu rumah tangga anaknya... macam2 terjadi dan akhirnya kembali pulih & mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Khalida Naila....akhirnya bahagia milik mereka....

Jeng3...wahhhh best gila novel ni... ni yang buatkan dyra rasa macam xsabar nak kawin...hahaha, bengong betul...hahahaha... thumb up penulis, watak yang ditimbulkan dalam novel ni memang menarik... jalan ceritanya ada suka, duka & bahagia...ade gak part sedih masa naz merantau seorangg diri, part lucu macamna khaalish cemburu dengan kawan2 oversea naz... macamna naz ni kasar tapi sweet bila dah kawin...macamna khaalish sanggup ke luang prabang berulang kali demi meraih kasih sayang naz & menebus dosa lalu... semuanya dalam novel ni... terbaik!! I really love it... memang xrugi la baca...hehehe

Mr.Invisible mungkin xleh jadi macam si Khaalish, tapi Mr.Invisible tetap ada personaliti dia sendiri... Mr.Invisible jom kawin... hahahahaha... ok la review novel yang ke-2 sambung esok k... :D

'My Blog, My Rule'
OUT~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan